Friday 9 November 2018

Novel Untuk Dijual: Puteri Alindalia

ISBN: 9789836220387

Harga: RM 12.80

Pencarian Permata Aurorius membawa kepada pertemuan Artakus dengan Karum, sang naga yang pandai sihir. Artakus perlu mendapatkan bantuan Karum untuk bertemu dengan Puteri Alindalia atau Olsin-Ai dalam bahasa Aurora.

Namun, perjalanan itu mengundang pelbagai rintangan. Ketika tiba di udara Hayan Kadan, mereka dikepung oleh makhluk yang bernama Kazakukai sambil menunggang kelawar yang digelar Tankrawa.

Di situ Artakus bertemu dengan ahli sihir, Godorojo. Godorojo membawa Artakus ke Istana Matirri. Artakus diminta untuk menyelesaikan teka-teki. Seandainya dia berjaya merungkai teka-teki yang diberikan kepadanya, maka dia sememangnya seorang Artakus. Jika tidak, dia akan menjadi makhluk kelawar. Dapatkah Artakus menyelesaikan teka-teki itu?


Novel Untuk Dijual: Petua Azkram

ISBN: 9789836220981

Harga: RM 18.00

Artakus berjaya membuktikan bahawa dia ialah Artakus yang sebenarnya. Ternyata bahawa Artakus yang dibawa oleh puak Jegadai bukan manusia biasa, tetapi satu makhluk jadian dari sihir yang telah datang dengan tujuan untuk memimpin kaum Aurora ke jalan yang salah.

Sekarang kebenaran sudah jelas terpampang. Adakah masih terdapat hati yang ragu-ragu dan curiga terhadap Artakus?

Wednesday 7 November 2018

Novel Untuk Dijual: Pedang Aurora

ISBN: 9789836220394

Harga: RM 15.00

Artakus mengembara ke Pulau Urul dengan bantuan Karum, naga yang garang. Sementara itu, puak Aurora bersedia melancarkan perang dengan Morrok.

Segala-galanya berjalan dengan lancar. Sejumlab besar askar dapat dikumpulkan dan diberikan latihan tentera yang secukupnya.

Masalah logistik seperti persiapan senjata dan bekalan makanan yang mencukupi telah dapat diatasi. Atinius berserta ketua-ketua puak yang lain telah berjaya mengasaskan satu gerakan bawah tanah di kota-kota utama Aurora dengan tujuan menjatuhkan Morrok.

Usaha mereka kini sudah mula menampakkan hasil. Beberapa pemberontakan telah tercetus dan kepala panglima perang Morrok yang memerintah di Kota Zilla dan Kota Zenon kini terpacak di luar kota-kota tersebut.

Berjayakah Artakus menyatukan puak-puak Aurora?


Novel Untuk Dijual: Permata Aurorius

ISBN: 9789836215802

Harga: RM 15.80

Rizal telah dibawa oleh suatu kuasa ghaib ke alam Aurora yang penuh misteri. Oleh kerana pada dirinya terdapat tanda-tanda kebesaran seperti tercatat dalam kitab-kitab kaum Aurora, dia telah diangkat sebagai pemimpin atau Artakus puak Armorikus. 

Sebagai Artakus, dia diharap dapat mengembalikan keagungan kaum Aurora dan membebaskan mereka daripada kezaliman Morrok - musuh Armorikus yang ganas. Dia juga telibat dalam pertentangan Arasis (siang) terhadap Osria (malam) yang cuba memusnahkan alam. 

Untuk menyekat rancangan jahat Osria, dia harus pula membantu Merkia (makhluk yang terhasil daripada cahaya) merampas Permata Aurorius yang berada di Kota Arialun dalam genggaman Herakos (makhluk yang terhasil daripada kegelapan). 

Dalam usaha untuk merampas permata itu, dia terpaksa menempuh berbagai-bagai peristiwa yang ngeri, mendebarkan, mencemaskan, menyedihkan dan kadangkala melucukan.


Friday 2 November 2018

Novel Untuk Dijual: Istana Batang Aiskrim

ISBN: 9789834919689

Harga: RM 15.00

"Di mana aku nak cari batang aiskrim dalam jumlah yang begitu banyak?" bisik hatiku.

Amjad seorang pelajar yang kreatif dalam menghasilkan rekaan dan binaan daripada bahan-bahan kitar semula. Amjad ingin menyertai pertandingan binaan kreatif dengan menghasilkan sebuah istana besar yang menggunakan batang aiskrim.

Novel Untuk Dijual: Sang Pelindung (Beschutzen)

ISBN: 9789834915391

Harga: RM 15.00

Pertembungan kuasa Beschutzen dan Vergessen menghuru-harakan Kuala Lumpur. Nadi ekonomi negara ini bermandikan darah. Berdepan dengan suasana yang mustahil, manusia sedar kewujudan satu realiti berbeza yang selama ini tersembunyi.

Amar Afham, Leyla Toudou dan Erin - tiga individu berbeza. Tiga kisah silam yang berlainan. Matlamat yang sama - untuk terus hidup.

Dari pulau lagendaa Langkawi hingga ke tanah suci Gunung Fuji, mereka belajar erti persahabatan, pengorbanan, dendam dan cinta di sebalik ancaman. Namun, mampukah mereka selamat saat mengetahui yang kejahatan itu sebenarnya hidup dalam kalangan mereka?


Friday 26 October 2018

Novel Untuk Dijual: Benazir

ISBN: 9789674380441

Harga: RM 20.50

Benazir atau Ben, punya segala-galanya. Dia tampan dan personalitinya disenangi ramai. Dia berjaya mencapai impiannya untuk membuka kedai bukunya sendiri dan dikelilingi oleh orang-orang yang menyayangi serta menambil berat akan dirinya. Hari-harinya dijalani seperti yang diingini. Kehidupannya dirasakan ideal dan lengkap.

Ben punya semua yang diimpikannya.

Namun jiwanya masih menderita. Masih ada sesuatu yang kurang di sebalik semua kesempurnaan itu.

"Ben, kau... Perempuan?"

Rupa-rupanya ada sebuah rahsia tentang dirinya yang Ben tidak dedahkan kepada orang-orang yang berada di sekelilingnya.