Wednesday 12 April 2017

Buku Untuk Dijual: Siri Sehari Dalam Kehidupan

Harga Senaskah: RM 3.50

1. Ayah Bekerja Di Pelabuhan Klang
2. Mari Melawat Ke Ladang Tebu
3. Membantu Ayah Menoreh Getah
4. Pak Joned Pekerja Balak
5. Pembantu Baru Kedai Runcit
6. Sawah Padi Di Kaki Bukit
7. Saya Anak Peneroka Felda
8. Siti Hajar Membantu Ibu

Siri Sehari Dalam Kehidupan mengandungi lapan buah buku cerita pekerjaan rakyat Malaysia. Ada cerita mengenai peneroka Felda, pekerjaan pelabuhan Klang, pembuat batik, pesawah padi, pekerja balak, pekedai runcit, penoreh getah dan juga penanam tebu.


Buku Untuk Dijual: Siri Cereka Teladan Murni

Harga senaskah: RM 3.90

1. Namanya Zaman
2. Bintang Harapan
3. Menebus Malu
4. Hanya Kejujuran
5. Berkat Kerajinan
6. Melawan Dugaan
7. Anak Laut
8. Lukisan Berharga

Siri Cereka Teladan Murni merupakan kumpulan cerpen yang menarik. Ia disusun dengan matlamat agar sastera haruslah dipelajari dari peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Cerpen bukan sahaja cerminan masyarakat dan budaya sesuatu bangsa, tetapi mengandungi kehalusan budi, bahasa dan keindahan seni kreatifnya.


Buku Untuk Dijual: Siri Insan Perkerti Mulia

Harga Senaskah: RM 3.50

1. Berguru Dengan Orang Berilmu
2. Kasih Ibu Dan Agama
3. Akrama Dan Khazima
4. Berkat Apabila Kita Bersedekah
5. Yunus Peniaga Yang Jujur
6. Salmah Budak Yang Berani
7. Malu Dengan Sikap Sendiri
8. Rahsia tetamu Waktu Senja

Siri Insan Perkerti Mulia adalah himpunan cerita agama mengenai tokoh dan insan yang berperibadi baik dan sangat dihormati. Kita perlu mencontohi sifat-sifat keperibadian yang luhur dimiliki mereka ini.

Monday 3 April 2017

Friday 31 March 2017

Buku Untuk Dijual: Sumpah Setia Gunung Cheroh; Sejarah Pembukaan Bandar Raya Ipoh


ISBN: 9789834903916

Harga: RM 25.00 (Tak termasuk kos penghantaran)

Peristiwa yang terjadi atau kisah yang dikarang dalam bentuk syair ini mengingatkan kita bahawa pada suatu masa dahulu telah berlaku satu "ikatan janji" antara peribumi asli dengan orang Melayu yang tinggal dan mendiami Lembah Kinta.

"Baiah" itu telah mengikat "persahabatan" yang kukuh dan berpanjangan dan perjanjian akan hidup secara aman dan harmoni sesama mereka.

Buku Untuk Dijual: Memoir Dakwah Dan Tarbiah

ISBN: 9789834907358

Harga: RM 32.00 (Tak termasuk kos penghantaran)

Buku ini menghimpunkan pengalaman penulis berdakwah dan melakukan tarbiah selama 40 tahun di dalam dan di luar negara. Untuk memudahkan perbincangan, buku ini dibahagikan kepada enam bahagian.

Bahagian pertama membincangkan "Kembali kepada Fitrah", Bahagian kedua membincangkan "Aku Ini Dai dan Murabbi". Bahagian ketiga mengetengahkan perihal "Usrah Asas Tarbiah", manakala bahagian keempat menghuraikan "Horizon Dakwah Berkembang".

Seterusnya bahagian kelima pula memaparkan kisah "Rehlah Ilmu dan Tajdid" dan yang terakhir, bahagian keenam menyentuh hal "Aliran Fahaman Semasa dan Fikrah Islami".