Friday 26 October 2018

Novel Untuk Dijual: Benazir

ISBN: 9789674380441

Harga: RM 20.50

Benazir atau Ben, punya segala-galanya. Dia tampan dan personalitinya disenangi ramai. Dia berjaya mencapai impiannya untuk membuka kedai bukunya sendiri dan dikelilingi oleh orang-orang yang menyayangi serta menambil berat akan dirinya. Hari-harinya dijalani seperti yang diingini. Kehidupannya dirasakan ideal dan lengkap.

Ben punya semua yang diimpikannya.

Namun jiwanya masih menderita. Masih ada sesuatu yang kurang di sebalik semua kesempurnaan itu.

"Ben, kau... Perempuan?"

Rupa-rupanya ada sebuah rahsia tentang dirinya yang Ben tidak dedahkan kepada orang-orang yang berada di sekelilingnya.


Buku Untuk Dijual: Mekanik Kejuruteraan Dinamik (Edisi Kedua)

ISBN: 9789836265609

Harga: RM 44.00

Buku ini ditulis untuk kegunaan pelajar kejuruteraan pada peringkat awal pengajian universiti.

Buku yang mengandungi sepuluh bab ini membincangkan kinematik zarah, kinematik satah jasad tegar, kinetik zarah, kinetik zarah, kinetik sistem zarah dan kinetik jasad.

Buku Untuk Dijual: Kadar Pertukaran Asing, Teori Dan Dasar Pertukaran

ISBN: 9789834616717

Harga: RM 45.00

Kadar pertukaran sebagaimana ilmu-ilmu ekonomi yang lain mempunyai sejumlah dalil dan aturan yang diterima secara meluas, yang dapat mempertimbangkan hubung kait yang sangat penting dalam disiplin ilmu ekonomi antarabangsa.


Wednesday 24 October 2018

Buku Untuk Dijual: 50 Permainan Bahasa Arab

ISBN: 9789834601744

Harga: 15.00

Buku ini secara khusus dihasilkan untuk kegunaan guru-guru mata pelajaran bahasa Arab yang mengajar di sekolah rendah.

Namun, buku ini juga boleh dijadikan panduan kepada tenaga pengajar bahasa Arab di sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi.

Buku ini mengandungi bentuk dan teknik permainan bahasa yang menarik minat pelajar dan boleh memantapkan pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab.

Buku Untuk Dijual: Daun-Daun Keramat

ISBN: 9789834617356

Harga: RM 40.00

Buku ini menghimpunkan 30 buah cerpen yang sebahagian besar temanya berfokus pada tema kemanusiaan dengan menampilkan pelbagai persoalan seperti keagamaan, kekeluargaan, persahabatan, percintaan, kehidupan di alam akhirat dan kematian.

Cerpen-cerpen yang dipaparkan diolah dengan gaya bahasa yang kreatif, imaginatif dan mengundang daya fikir kritis.


Tuesday 23 October 2018

Buku Untuk Dijual: Pemasaran Politik Di Malaysia

ISBN: 9789834611200

Harga: 22.00

"Pemasaran Politik" sebagai satu bidang pengkajian sudah mula mendapat perhatian daripada para akademik mahu pun ahli politik berkaitan dengan kepentingannya sebagai satu ilmu baru yang telah menggabungkan dua disiplin utama iaitu "pemasaran" dan "sains politik".

Buku ini merupakan pengenalan kepada teori, konsep, aplikasi dan isu-isu yang berkaitan dengan pemasaran politik. Penulisan berasaskan kajian literatur, kajian kaedah kualitatif dan kajian kaedah kuantitatif.

Buku Untuk Dijual: Meneroka Khasiat Tempe

ISBN: 9789834915711

Harga: 30.00

Buku ini memberikan pendedahan mengenai khasiat tempe yang merupakan makanan tradisional masyarakat Melayu.

Buku ini mengandungi lima bab yang menceritakan tentang kacang soya sebagai ramuan utama tempe, kandungan nutrien dan antinutrien tempa, tempe sebagai makanan fungsi dan resepi sihat berasaskan tempe.

Monday 22 October 2018

Buku Untuk Dijual: Solat Jamak & Qasar

ISBN: 9789675778292

Harga: RM 10.00

Hikmah solat Jamak dan Qasar adalah untuk memudahkan atau memberikan keringanan kepada orang yang musafir.

Musafir sering mengalami masalah dalam perjalanannya, sukar untuk berhenti solat dan sebagainya, maka Allah SWT memberi kemudahan kepada umat Islam untuk menjamakkan dan mengqasarkan solat fardunya.

Buku Untuk Dijual: Rahsia & Keajaiban Solat Sunat Istikharah

ISBN: 9789675778209

Harga: RM 9.00

Sesungguhnya manusia adalah makhluk yang sangat lemah, mereka sangat memerlukan bantuan dari Allah Taala dalam semua urusan mereka.

Ini disebabkan dia tidak mengetahui hal yang ghaib sehingga dia tidak mampu mengetahui mana amalan yang akan mendatangkan kebaikan dan mana yang akan mendatangkan keburukan bagi dirinya.

Friday 19 October 2018

Book For Sale: Sejarah Dan Perkembangan Undang-Undang Islam Di Negeri Selangor

ISBN: 9789834615734

Harga: RM 50.00

Buku ini mengandungi tiga perkara penting yang hendak diketengahkan kepada para pembaca. Pertama, sejarah negeri dan kesultanan Selangor. Perkara ini perlu difahami terlebih dahulu kerana sultan merupakan ketua agama Islam bagi negeri.

Kedua, institusi yang menguruskan hal ehwal Islam dan menguatkuasakan undang-undang Islam di negeri Selangor seperti Mahkamah Syariah Selangor dan Jabatan Mufti Negeri Selangor.

Ketiga, perkembangan undang-undang Islam di negeri Selangor.

Book For Sale: Pengumpulan Data Kualitatif Dalam Penyelidikan

ISBN: 9789834619237

Harga: RM 10.00

Buku ini ditulis secara khusus bagi memenuhi keperluan buku rujukan bahasa Melayu tentang pengumpulan data kualitatif dalam penyelidikan.

Fokus diberikan kepada tiga kaedah yang lazimnya digunakan bagi memperolehi data kualitatif iaitu pemerhatian, temu bual dan dokumen arkib.

Thursday 18 October 2018

Buku Untuk Dijual: Emas Ratu Segala Logam

ISBN: 9789834915650

Harga: RM 40.00

Emas, merupakan logam yang sangat istimewa. Ia cantik, sukar didapati, mahal, serta menjadi pujaan dan rebutan manusia zaman berzaman. Keistimewaan logam ini menjadi misteri bagi kebanyakan orang.

Buku Untuk Dijual: Karya Daripada Diari Rahsia

ISBN: 9789834920012

Harga: RM 20.00

Buku ini memuatkan pengalaman 20 orang penulis muda yang antaranya merupakan alumni Minggu Penulis Remaja (MPR), program penulisan anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Melalui "Diari Rahsia", mereka berkongsi pengalaman sepanjang menceburkan diri dalam bidang kesusasteraan.

Kisah pengalaman penulis muda mengharungi cabaran untuk menggapai kejayaan dapat dijadikan panduan dan rujukan sekali gus mencetuskan inspirasi dan motivasi kepada khalayak penulis untuk menghasilkan karya yang bermutu.

Genre yang menjadi tumpuan dalam perkongsian ini ialah puisi, cerpen, skrip drama dan novel.