Sebelum memulakan bicara, aku ingin ucapkan Selamat Tahun Baru 2016. Sekarang, let's talk about business planning. Aku dah plan macam-macam bagaimana nak mempertingkatkan hasil jualan buku dan majalah (tak kira baru atau terpakai) pada tahun 2016. Tetapi, aku tak boleh terangkan di sini sebab ia adalah TOP SECRET. Dalam tiga bulan sebelum berakhirnya 2015, aku dah mengeluarkan modal dalam anggaran RM 500 untuk membeli buku-buku dari penerbit-penerbit indie setelah mendaftarkan diri sebagai ejen. Bila dah jadi ejen, pastinya dapat potongan sehingga 50 peratus. Begitu juga membeli manga, komik dan zine.
Selain bahan bacaan, aku juga menghasilkan produk jenama sendiri dan sebagai permulaan, aku menjual beg kain dengan harga RM 35. Orang akan kata: "Mahal sangat ni. Juallah murah sikit". Kalau ikut logik akal serta pemerhatian aku, design-design yang simple dan mudah macam ini memang ada dijual di Midvalley, Suria KLCC, The Curve dan Bukit Bintang. Tetapi harganya hampir mencecah RM 100. So, lu pikirlah sendiri dan sila membuat perbandingan. Insyaalah, dalam tahun 2016 nanti aku nak buat t-shirt dengan brand sendiri.
Oleh kerana aku tak ada kedai sendiri dan selama ini hanya buat business secara online, dengan nekad aku menumpang secara free di sebuah kedai buku yang terletak di Bangi. So, ambil kesempatanlah memandangkan yang aku memang bekerja di situ.
Akhir kata, kalau nak menjengah-jengah dan mencari buku-buku yang senang aku nak cari, bolehlah berkunjung di laman yang aku tulis ni. Kalau nak tanya pasal buku-buku yang wujud sebelum tahun 2000, aku nasihatkan lupakan saja niat sucimu.
No comments:
Post a Comment