Tuesday 11 August 2015

Buku Untuk Dijual: Nutrisi Sukan

Harga: RM 40.00
 
ISBN: 9789834614287
 
Buku ini membincangkan kepentingan nutrisi secara komprehensif kepada prestasi atlet dan mereka yang terlibat dalam aktiviti fizikal. Pendekatan perbincangan yang digunakan sangat menarik, mudah dan ringkas.
 
Hal ini bagi memastikan pembaca memahami konsep nutrisi dengan mudah sebelum mereka diperkenalkan kepada ciri-ciri dan fungsi yang lebih kompleks.
 
Perbincangan dimulakan dengan pengenalan setiap nutrient, perbezaan keperluan dan fungsinya. Seterusnya bagi memastikan buku ini dapat digunakan oleh para pendidik, jurulatih dan atlet dengan lebih berkesan, ia membincangkan peranan dan fungsi setiap nutrient dalam aktiviti fizikal dan juga bagaimana pentingnya setiap nutrient dalam peningkatan prestasi atlet.

Buku Untuk Dijual: 13 Mei 1969 Di Kuala Lumpur

Harga: RM 16.00
 
ISBN: 9789834607067
 
Buku ini melihat hubungan kaum antara orang Melayu dengan orang Cina yang sentiasa tegang pada akhir tahun 1960an serta melihat bagaimana konflik politik, social dan ekonomi mendorong kepada tercetusnya peristiwa tersebut.
 
Buku ini penting sebagai suatu usaha untuk memaparkan sejarah Tanah air dengan lebih jelas kerana sejarah hitam ini kerap dilihat dari sudut yang emosional.
 
Buku yang mengemukakan data komprehensif ini dapat dipertanggungjawabkan dan boleh membantu pengkaji-pengkaji lain mengetahui perkara sebenar di sebalik Peristiwa 13 Mei 1969.
 
Semiga peristiwa ini menjadi ikhtiba, teladan dan pengajaran kepada kita semua.

Raja Ali Haji: Pemikir Ulung Alam Melayu Abad ke-19

Harga: RM 28.00
 
ISBN: 9789834903565
 
Buku ini mengandungi himpunan Sembilan hasil kajian yang diusahakan oleh kalangan sarjana dan peneliti persuratan Melayu. Ketokohan dan sumbangan kepengarangan Raja Ali Haji dalam pelbagai genre telah dikupas dengan mendalam daripada pelbagai tanggapan dan pendekatan.
 
Inti pati pemikiran dan estetika susastera Raja Ali Haji dalam membina dan memantapkan sahsiah ummah dan bangsa Melayu telah dapat disingkap.
 
Buku ini bermanfaat sebagai rujukan penting warisan peradaban persuratan Melayu khususnya untuk mengenali tokoh dan karya-karya pujangga silam.

Friday 7 August 2015

Buku Untuk Dijual (Siri 4)

1. Pengurusan Insan Berteraskan Islam
 
ISBN: 9789834901295
 
Harga: RM 15.00
 
Tahun diterbit: 2015
 
Pengurusan insan sering kali diberikan penumpuan dalam semua bidang tidak kira dalam perindustrian, pembangunan mahupun pengurusan dalam keluarga, institusi, masyarakat, Negara atau dunia. Pengurusan insan dilihat sebagai satu komponen penting yang dititikberatkan dalam arus globalisasi masa kini.
 
Walau bagaimana pun, banyak isu yang membabitkan insan dilihat semakin kritikal seperti alam sekitar, keamanan, social, masyarakat, globalisasi dan banyak lagi. Isu-isu ini secara langsung memberikan implikasi terhadap pembangunan dan kemajuan sesebuah Negara. Hal ini kerana implikasi ini bertitik tolak daripada pengurusan insan yang tidak holistik.
 
Oleh itu, buku ini mengupas kejadian asal insan untuk menangani isu-isu pengurusan insan daripada perspektif Islam. Diharapkan buku ini boleh dijadikan rujukan terutamanya kepada peringkat universiti, kolej dan pihak pengurusan untuk memperluaskan pengetahuan dan penambahbaikan pengurusan institusi. Malahan buku ini juga sesuai sebagai bahan bacaan umum kepada semua lapisan masyarakat.
 
 
2. Perlembagaan Malaysia: Isu dan Persoalan Perhubungan Kaum
 
ISBN: 9789834615352
 
Harga: RM 60.00
 
Tahun diterbit: 2015
 
Perlembagaan Malaysia dibentuk melalui persetujuan dan kompromi antara tiga kaum utama di Tanah Melayu iaitu Melayu, Cina dan India bermula pada tahun 1955.
 
Dengan itu, matlamat utama buku ini adalah untuk membincangkan teras persetujuan tersebut, pelaksanaannya selepas merdeka dan kesannya terhadap hubungan kaum di Semenanjung Malaysia hingga tahun 1969.
 
Buku ini sesuai dibaca oleh para pelajar, pengkaji dan masyarakat umum yang ingin mengetahui tentang empat teras dalam Perlembagaan Malaysia iaitu kedudukan istimewa orang Melayu, kedudukan bahasa Melayu, hak kerakyatan kaum bukan Melayu dan Islam sebagai agama bagi Persekutuan iaitu dari tahun 1955 hingga 1957.
 
 

Thursday 6 August 2015

Pembangunan Lestari Di Malaysia: Harapan dan Kenyataan

ISBN:9789834619985
 
Harga: RM 50.00
 
Editor: Chamburi Siwar, Rospidah Ghazali & Sharina Abdul Halim
 
Tahun diterbit: 2014
 
 

Secara umum, pembangunan lestari ditakrifkan sebagai pembangunan yang memenuhi keperluan masa kini tanpa mengkompromikan keupayaan generasi akan dating untuk memenuhi keperluan mereka.
 
Pembangunan lestari menggabungkan kelestarian ekonomi, masyarakat dan alam sekitar dengan pembasmian kemiskinan dan kesaksamaan agihan pendapatan sebagai salah satu matlamat utama yang penting.
 
Namun, petunjuk dan bukti empiris menunjukkan bahawa pembangunan lestari masih jauh lagi untuk dicapai.
 
Pencemaran, kepupusan sumber, degrasi alam sekitar, peningkatan sisa, kemiskinan, penurunan kualiti hidup dan sebagainya terus mengancam kelestarian alam sekitar dan kehidupan.
 
 

Wednesday 5 August 2015

Buku Untuk Dijual (Siri 3)

1. Muhammad His Life and Mission

ISBN: 967-937-244-8

Price: RM 5.00 (RM7.50)

Publish: 1991

Muka hadapan
Senarai kandungan
Isi kandungan

2. Khasiat & Keutamaan Air Zamzam

ISBN: 978979880285

Harga: RM 9.00

Tahun diterbit: 1999

Zamzam. Air termulia, sangat berharga dan paling besar nilainya. Air terbaik di muka bumi yang diberkahi dan menjadi salah satu penghias Tanah Suci.
 
Air yang telah muncul sejak ribuan tahun yang lalu, yang telah dipakai oleh ratusan juta manusia dan telah dibawa ke berbagai belahan dunia, namun tidak pernah habis.
 
Selain menceritakan sejarah kemunculan dan perkembangan air zamzam, buku mungil ini juga mengulas hadis-hadis yang berkaitan dengan keutamaan dan khasiat air zamzam disertai perkataan para sahabat, tabiin dan ulama lainnya.
 
Anda boleh lihat betapa air ini bermanfaat untuk apa saja ia diniatkan meminumnya, termasuk untuk menyembuhkan penyakit. Dan untuk membuktikannya, pengalaman orang-orang yang pernah menggunakan zamzam untuk aneka keperluan pun diceritakan dalam buku ini.

 
3. ISBN: Tiada
 
Harga: RM 4.00 (Harga asal: RM 7.50)
 
Tahun diterbit: 1981
 
Dalam jurnal tempatan dan antarabangsa, lebih 50 makalah telah diterbitkan yang meliputi bidang-bidang psikologi, falsafah, pendidikan Islam, statistic, pengukuran, sejarah dan lain-lain.
 
 
 

Tuesday 4 August 2015

Voice of Malaysian Poets: An Anthology of Malaysian Poetry

Voice of Malaysian Poets: An Anthology of Malaysian Poetry

ISBN: 9789834603168
 
Price: RM 40.00
 
VOICE echo the concern for humankind, faith and religion, a search for identity, direction, purpose, hopes and aspirations, spirit of multiculturalism and many more.
 
This compilation of poems are works of well known Malaysian poets comprising of our national laureates, recipients of the prestigious SEA Award and other awards.

Kreko Terpakai Untuk Dijual (Januari-Julai 2015)

Senaskah dijual dengan harga RM 2.00. Jika beli 3 naskah, harganya RM 5.00

Isu 1, 11 & 21 Januari 2015
11 Februari 2015
Isu 1, 11 & 21 Mac 2015
Isu 1 & 21 April 2015
Isu 11 & 21 Mei 2015
Isu 1, 11 & 21 Jun 2015
Isu 1 & isu Hari Raya 2015

Buku Untuk Dijual (Siri 2)

1. Pendidikan Guru Siswazah di Malaysia

ISBN: 967-937-361-4

Harga: RM 6.00

Tahun terbitan: 1994

Buku ini membicarakan perkembangan pendidikan guru siswazah di Malaysia. Perbincangan difokuskan kepada perkembangan pendidikan guru siswazah di universiti-universiti tempatan dan juga fenomena baru dalam pendidikan guru di maktab-maktab perguruan.

Dalam profesion perguruan, aspek latihan dan pendidikan bakal guru amatlah penting. Dengan itu pola-pola kurikulum di maktab dan universiti yang diperkatakan memberi gambaran bagaimana penyediaan guru-guru siswazah dilaksanakan di Malaysia.








2. Konsep Pengurusan Pentadbiran Menurut Ajaran Islam

ISBN: 967-937-216-2

Harga: RM 6.00

Tahun terbitan: 1990

Masalah kepimpinan adalah masalah manusia sejagat yang memerlukan akliah dan bimbingan Ilahi. Keruntuhan masyarakat adalah berpunca daripada kelemahan pemimpin dan orang-orang yang di bawah pimpinannya disebabkan oleh masing-masing mengabaikan hak yang dipertanggungjawabkan kepada mereka.

Ciri-ciri pemimpin dan orang yang dipimpin amat jelas direncanakan oleh Islam melalui firman dan hadis di mana para alim-ulama Islam merumus dan menerapkannya di dalam kehidupan masyarakatnya.



Monday 3 August 2015

Langkawi Geopark: Mengimbangi Pembangunan dan Pemuliharaan Warisan

Langkawi Geopark: Mengimbangi Pembangunan dan Pemuliharaan Warisan
 
ISBN: 9789834618643
 
Harga: RM 50.00
 
Editor: Halimaton Saadiah Hashim & Rahimah Abdul Aziz
 
Buku ini menonjolkan beberapa penemuan yang signifikan hasil daripada penyelidikan yang dilakukan oleh para penulis bagi memperhalus konsep, konteks dan proses pembangunan lestari.
 
Tumpuan khusus buku ini ialah Kepualauan Langkawi yang telah diisytiharkan sebagai sebuah geopark global oleh UNESCO pada tahun 2007, iaitu yang pertama di Asia Tenggara dan Malaysia.
 
Warisan geologi, biologi dan budaya perlu dipulihara untuk generasi akan datang. Pada masa yang sama, pembangunan juga perlu berlaku demi kesejahteraan kini dan mendatang.
 
Oleh hal demikian, perlu adanya keseimbangan antara proses pembangunan dengan pemuliharaan warisan dan hasrat ini boleh tercapai melalui pembangunan lestari yang mendasari konsep geopark.
 
 

Buku untuk dijual: Sinergogi Bina Upaya Insan Glokal Edisi Kedua

Sinergogi Bina Upaya Insan Glokal Edisi Kedua
 
ISBN: 9789834614201
 
Harga: RM 25.00
 
Dalam buku ini, penulis memaparkan reality betapa perlunya sinergogi dijadikan landasan berfikir dan bertindak dalam konteks membentuk masyarakat glokal, iaitu sebuah masyarakat atau organisasi yang terbuka terhadap unsur-unsur pendidikan bagi membina keupayaan strategic seperti kolaborasi, rekreasi intelektual, perkongsian dan potensi bagi menghadapi cabaran globalisasi masa kini.
 
Keupayaan strategic merupakan prasarana emosi yang penting untuk menangani dilemma di Malaysia dalam membentuk masyarakat glokal, iaitu masyarakat yang mempunyai mentality kelas pertama selaras dengan tahap prasarana fizikal yang bertaraf dunia 

Komik Untuk Dijual (Siri 1)

Yak Bok Te

ISBN: 9789670723235

Harga: RM 20.00

Pelukis: Amin Landak

"Yak Bok Te" Adalah perkataan yang dipinjamkan dari bahasa Kelantan yang tidak mempunyai maksud. Tetapi sering digunakan ketika melatah dan terkejut.

Perkataan Yak Bok Te boleh disifatkan senasib dengan perkataan "Ek Eleh" yang tidak mempunyai maksud tetapi bila digunakan pada tempat-tempat tertentu dan memberi maksud yang berbeza. Samalah dengan Yak Bok Te!

Sunday 2 August 2015

Buku Untuk Dijual (Siri 1)

1. Hak Asasi Manusia: Menurut Pandangan Islam

Penulis: Abu Bakar Hamzah

ISBN: 9789679374018

Harga: RM 6.00

Buku ini membentangkan fasal-fasal hak asasi manusia menurut Perisytiharan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan dibuat perbandingan menurut pandangan Islam seperti apa yang telah digariskan oleh Allah S.W.T.

Ia merupakan satu hasil kajian penulis tentang hak asasi manusia yang digali daripada Al-Quran dan dipadankan menurut fasal-fasal Perisytiharan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Hak Asasi Manusia.

Hak Asasi Manusia: Menurut Pandangan Islam membuktikan bahawa Allah sebagai pencipta manusia lebih mengetahui tentang manusia itu sendiri. Sesuai dengan penciptaan-Nya, Allah telah menggariskan ketetapan-ketetapan-Nya yang mencakup seluruh aspek kehidupan manusia agar diikut dan dipatuhi sebagai satu landasan untuk menjamin kesejahteraan hidup manusia di atas muka bumi ini.



2. Kurikulum: Perspektif Dan Pelaksanaan

Penulis: Abu Bakar Nordin

ISBN: 967-937-245-6

Harga: RM 7.00 (Asalnya RM 14.90)

Tahun terbitan: 1991

Buku ini telah berjaya menghuraikan aspek-aspek kurikulum berkaitan dengan teori dan amalan. Skop yang luas bermula dengan interpretasi dan konflik, diteruskan dengan sejarah ko-kurikulum dan penilaian.

Aspek-aspek teori itu tidak semata-mata dihuraikan tetapi juga diperbincangkan secara lenih ilmiah.

KBSR dan KBSM dikemukakan dan diperdebatkan sebagai dua model bagi menonjolkan aspek-aspek teori yang berkaitan dengan orientasi dan proses.

Penulisan buku ini telah diusahakan dengan gigih oleh Profesor Madya Dr. Abu Bakar Nordin yang mempunyai pengalaman dalam perancangan, pembinaan dan penilaian kurikulum lebih daripada 8 tahun di Pusat Perkembangan Kurikulum; dan pengajaran serta penyelidikan kurikulum bersama-sama dengan Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Komplot Menulis: Kompilasi Cerpen GMM

KOMPLOT MENULIS tidak memuktamadkan sebarang doktrin akan terhasil daripada puluhan cerpen yang terkumpul di dalam gerakan sulit yang akhirnya terpaksa dihebohkan ini.
Malah para pembuat dasar di dalam Grup Mari Menulis, baik yang bertaraf yakuza, mafia atau algojo yang tidak teragak-agak memancung atau membelasah; mahupun peringkat penyelaras yang ayu serta santun kelihatannya tetapi berbisa; tidak membariskan sebarang protokol yang menyulitkan selama mana komplot ini berlangsung.
Ia tanpa sedar melengkapi sempadan imaginasi manusia dengan hidangan karya berbau Islamik, separa indie selain tema-tema kekeluargaan dan cinta yang terus tegar dinikmati oleh manusia dan bukan manusia. Kerabat GMM yang sempat berkomplot kali ini, tahniah diucapkan. Yang lain jangan kecewa kerana gerakan ini akan terus hidup dengan sokongan padu anda semua. Pastikan gerakan berkomplot ini bukan yang pertama, juga bukan yang terakhir!
 
 
Judul: Komplot Menulis: Kompilasi Cerpen GMM

Diselenggara oleh: AC Jaffrie / Nur Dila / Noraz Ikha / Monalita Mansor

ISBN: 9789671308233

Harga Semenanjung Malaysia: RM 29.00

Harga Sabah / Sarawak: RM 32.00

Penulis yang berkomplot:

1. AC Jaffrie
2. Noraz Ikha
3. Salleh Hashim
4. Raiza Khairina
5. CT Nurza

6. Mat Lawi Hassan
7. Ahmad Mahzan Borhan
8. Baharuddin Sairi
9. Pethronella Raimi
10. Maya Zulaikha

11. Nur Dila
12. Putri Nurul Asyiqin
13. Asmah Hashim
14. Mas Raden
15. Nur Syahidah

16. Wan Mahassan
17. Julia Basri
18. Darlene Arianna
19. Nurhidah Halun
20. Mohamad Amli Ghazali

21. Atie Atiya
22. Noor Azihan Sulaiman
23. Muhammad Faizal
24. Seyogla
25. Siti Aksara

26. Irise Zamanie
27. Azilah Wahab
28. Thanusya PS Nathan
29. Farouk Shedeq
30. Abma Dinera

31. Adillah Zulkiffli
32. Faiz Tasnim
33. Haimi Zaiya
34. Siti Zaiton Ahmad
35. Ainnur Mustaqim

36. Nazz Shukeri
37. Zubi Don
38. Mohd Izwanuddin
39. Tigertomey
40. Nor Hanom Md Taib

41. Yan Yahya
42. Mohamad Khairi Mohamad Ani
43. Siti Kalsom Md Taib
44. Mujahidah Balqis
45. Qasehku Adiera

46. Sofuan Saadon
47. Chua Pei Yong
48. Dr. Fendi Ameen
49. Arefit Shafiq
50. Haira Amri
51. Siti Asnida