Friday 7 August 2015

Buku Untuk Dijual (Siri 4)

1. Pengurusan Insan Berteraskan Islam
 
ISBN: 9789834901295
 
Harga: RM 15.00
 
Tahun diterbit: 2015
 
Pengurusan insan sering kali diberikan penumpuan dalam semua bidang tidak kira dalam perindustrian, pembangunan mahupun pengurusan dalam keluarga, institusi, masyarakat, Negara atau dunia. Pengurusan insan dilihat sebagai satu komponen penting yang dititikberatkan dalam arus globalisasi masa kini.
 
Walau bagaimana pun, banyak isu yang membabitkan insan dilihat semakin kritikal seperti alam sekitar, keamanan, social, masyarakat, globalisasi dan banyak lagi. Isu-isu ini secara langsung memberikan implikasi terhadap pembangunan dan kemajuan sesebuah Negara. Hal ini kerana implikasi ini bertitik tolak daripada pengurusan insan yang tidak holistik.
 
Oleh itu, buku ini mengupas kejadian asal insan untuk menangani isu-isu pengurusan insan daripada perspektif Islam. Diharapkan buku ini boleh dijadikan rujukan terutamanya kepada peringkat universiti, kolej dan pihak pengurusan untuk memperluaskan pengetahuan dan penambahbaikan pengurusan institusi. Malahan buku ini juga sesuai sebagai bahan bacaan umum kepada semua lapisan masyarakat.
 
 
2. Perlembagaan Malaysia: Isu dan Persoalan Perhubungan Kaum
 
ISBN: 9789834615352
 
Harga: RM 60.00
 
Tahun diterbit: 2015
 
Perlembagaan Malaysia dibentuk melalui persetujuan dan kompromi antara tiga kaum utama di Tanah Melayu iaitu Melayu, Cina dan India bermula pada tahun 1955.
 
Dengan itu, matlamat utama buku ini adalah untuk membincangkan teras persetujuan tersebut, pelaksanaannya selepas merdeka dan kesannya terhadap hubungan kaum di Semenanjung Malaysia hingga tahun 1969.
 
Buku ini sesuai dibaca oleh para pelajar, pengkaji dan masyarakat umum yang ingin mengetahui tentang empat teras dalam Perlembagaan Malaysia iaitu kedudukan istimewa orang Melayu, kedudukan bahasa Melayu, hak kerakyatan kaum bukan Melayu dan Islam sebagai agama bagi Persekutuan iaitu dari tahun 1955 hingga 1957.
 
 

No comments:

Post a Comment