Penulis: Abu Bakar Hamzah
ISBN: 9789679374018
Harga: RM 6.00
Buku ini membentangkan fasal-fasal hak asasi manusia menurut Perisytiharan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan dibuat perbandingan menurut pandangan Islam seperti apa yang telah digariskan oleh Allah S.W.T.
Ia merupakan satu hasil kajian penulis tentang hak asasi manusia yang digali daripada Al-Quran dan dipadankan menurut fasal-fasal Perisytiharan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Hak Asasi Manusia.
Hak Asasi Manusia: Menurut Pandangan Islam membuktikan bahawa Allah sebagai pencipta manusia lebih mengetahui tentang manusia itu sendiri. Sesuai dengan penciptaan-Nya, Allah telah menggariskan ketetapan-ketetapan-Nya yang mencakup seluruh aspek kehidupan manusia agar diikut dan dipatuhi sebagai satu landasan untuk menjamin kesejahteraan hidup manusia di atas muka bumi ini.
2. Kurikulum: Perspektif Dan Pelaksanaan
Penulis: Abu Bakar Nordin
ISBN: 967-937-245-6
Harga: RM 7.00 (Asalnya RM 14.90)
Tahun terbitan: 1991
Buku ini telah berjaya menghuraikan aspek-aspek kurikulum berkaitan dengan teori dan amalan. Skop yang luas bermula dengan interpretasi dan konflik, diteruskan dengan sejarah ko-kurikulum dan penilaian.
Aspek-aspek teori itu tidak semata-mata dihuraikan tetapi juga diperbincangkan secara lenih ilmiah.
KBSR dan KBSM dikemukakan dan diperdebatkan sebagai dua model bagi menonjolkan aspek-aspek teori yang berkaitan dengan orientasi dan proses.
Penulisan buku ini telah diusahakan dengan gigih oleh Profesor Madya Dr. Abu Bakar Nordin yang mempunyai pengalaman dalam perancangan, pembinaan dan penilaian kurikulum lebih daripada 8 tahun di Pusat Perkembangan Kurikulum; dan pengajaran serta penyelidikan kurikulum bersama-sama dengan Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.
No comments:
Post a Comment