Langkawi Geopark: Mengimbangi Pembangunan dan Pemuliharaan Warisan
ISBN: 9789834618643
Harga: RM 50.00
Editor: Halimaton Saadiah Hashim & Rahimah Abdul Aziz
Buku ini menonjolkan beberapa penemuan yang signifikan hasil daripada penyelidikan yang dilakukan oleh para penulis bagi memperhalus konsep, konteks dan proses pembangunan lestari.
Tumpuan khusus buku ini ialah Kepualauan Langkawi yang telah diisytiharkan sebagai sebuah geopark global oleh UNESCO pada tahun 2007, iaitu yang pertama di Asia Tenggara dan Malaysia.
Warisan geologi, biologi dan budaya perlu dipulihara untuk generasi akan datang. Pada masa yang sama, pembangunan juga perlu berlaku demi kesejahteraan kini dan mendatang.
Oleh hal demikian, perlu adanya keseimbangan antara proses pembangunan dengan pemuliharaan warisan dan hasrat ini boleh tercapai melalui pembangunan lestari yang mendasari konsep geopark.
No comments:
Post a Comment