1. Pendidikan Guru Siswazah di Malaysia
ISBN: 967-937-361-4
Harga: RM 6.00
Tahun terbitan: 1994
Buku ini membicarakan perkembangan pendidikan guru siswazah di Malaysia. Perbincangan difokuskan kepada perkembangan pendidikan guru siswazah di universiti-universiti tempatan dan juga fenomena baru dalam pendidikan guru di maktab-maktab perguruan.
Dalam profesion perguruan, aspek latihan dan pendidikan bakal guru amatlah penting. Dengan itu pola-pola kurikulum di maktab dan universiti yang diperkatakan memberi gambaran bagaimana penyediaan guru-guru siswazah dilaksanakan di Malaysia.
2. Konsep Pengurusan Pentadbiran Menurut Ajaran Islam
ISBN: 967-937-216-2
Harga: RM 6.00
Tahun terbitan: 1990
Masalah kepimpinan adalah masalah manusia sejagat yang memerlukan akliah dan bimbingan Ilahi. Keruntuhan masyarakat adalah berpunca daripada kelemahan pemimpin dan orang-orang yang di bawah pimpinannya disebabkan oleh masing-masing mengabaikan hak yang dipertanggungjawabkan kepada mereka.
Ciri-ciri pemimpin dan orang yang dipimpin amat jelas direncanakan oleh Islam melalui firman dan hadis di mana para alim-ulama Islam merumus dan menerapkannya di dalam kehidupan masyarakatnya.
No comments:
Post a Comment